suram.
malam yang suram
namun sejuk
seperti hatiku
sunyi namun dingin
"kamu" tahniah aq ucapkan
kerana "dia" yang selayaknya
aq gembira untukmu
tapi aq tetap merasakan "sesuatu"
"rasa itu"
hermmmm
Thursday, 11 April 2013
suram
Posted by Unknown at 10:02 0 comments
Friday, 8 March 2013
entry awal pagi
assalamualaikum,,dan selamat pagi :) entry aq kali nie aq tulis di awal pagi. maklumlah lepas subuh tadi tetiba mata nie x nk mengantuk pulak. so,, semangat nak menaip tu lebih la sikit kan,,,heheh. kalau dulu,,selepas subuh jew mesti aq akan tidor balik,,kadang2 terlepas subuh terus pon ade jgk,,teruk kan?? tapi alhamdulillah,,azam aq untuk berubah sem nie dah dipermudahkan Allah. lagipon x elok kan tidow lepas subuh. lagi satu,,kalau lepas subuh kite x tdow,, bolehla kita study kew,,kemas2 kew,,tapi minggu pertama nie xde bende lagi untuk di study sbb lecturer pon x start mengajar lagi. so pagi2 mcm nie selalunya aq akan kemas2 bilik or kalau rajin sikit, satu rumah aq akan kemaskan..hehe
hari nie aq nak pegi kl,,jumpa makcik dan sepupu aq. nk g shopping kat masjid india. hehehe.. aq sebenarnye bukan nak shopping sangat. almaklumlah,,bajet banyak lari la sem nie,,sobss T_T
tapi takpe,,insyallah ada rezki lain yang akan datang nnt kan? maybe sem nie result aq akan naik lagi kew,,,mana kita tahu kan? Allah tarik rezki kita dari segi kewangan dan gantikan dengan rezki dalam bentuk lain. so kene sentiasa bersangka baik terhadap Allah :).
ok back to de point,,aq sebenarnye nk g kl tu sbb nk kirim barang kat mak aq kat kg. kebetulan sepupu aq nak balik kg sebab ade kenduri,,so,,alang2 aq kirim kat dye jew lah. maybe aq tdow dekat rumah makcik aq la nnt.
story kat kl tu nnt aq updatekan kemudian. sekarang nak bersiap-siap,,hehe,,
Posted by Unknown at 15:47 0 comments
Thursday, 7 March 2013
semester baru
Assalamualaikum,,,lama sudah x mengupdate kat sini,,banyak sangat sawang2 yang nk kene bersihkan,,ehekk. nie entri pertama aq sejak aq mendaftar semester 4 nie,,oomaaaiiigaddddd,,,dah semester 4 rupenye,,tapi hermm,,aq still rasa nothing,,rasa macam aq x dapat ape2 pon sejak belajar kat sini. but,,,wait!! aq dapat kawan2 yang best2,,kira ade something jugak la kan,,hehe,,
sooooo,,,untuk semester 4 nie aq harap aq akan dapat jadi yang lebih baik lagi and aq pon doakan kawan2 aq turut akan jadi lebih baik lagi,,kalau boleh nak berjaya sama2 la kan?,,kalau ade yang jatuh,,kita papah dia untuk bangun and berdiri sama2,,barulah namanya kawan kan,,,
oleh kerana ini semester yang baru,,aq pon nak tanamkan azam yang baru,,aq akan lebih fokus pada pelajaran,,no nore play2,,
aq bersyukur,,walaupon result aq xdelah sebaik mana pon,,tapi sentiasa ada peningkatan sejak dari sem satu sampai sekarang. alhamdulillah,,segala penat dan usaha aq berbayar.
dan untuk sem nie,,aq nak buat yang lebih baik,,nak siapkan esaimen awal2,,nak prepare awal2 untuk exam or test n yang lebih penting nak dapatkan lebih keberkatan,,hehe,,insyaallah,,azam kali nie bukan lagi azam tahi2 ayam macam yang lepas2,,hehe,,aq akan pastikan yang azam untuk sem ini akan disertakan dengan usaha jugak,,usaha setakat yang aq mampu,,xnak menyerah lagi
Posted by Unknown at 08:27 0 comments
Saturday, 26 January 2013
Subhanallah
assalamualaikum,,setelah lama x update, hari nie aq terdetik untuk berkongsi kisah seorang wanita tabah bernama Siti Hajar. beliau telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. namun, namun, al-marhumah seorng yang sangat rajin berdakwah sehingga ke saat-saat akhirnya di dunia ini. kisah ini ditulis oleh ibu al-marhumah sendiri,,baca, hayati dan jadikan pedoman. Al-Fatihah unutk Siti /hajar
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya
SITI HAJAR
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Posted by Unknown at 20:39 0 comments
Friday, 18 January 2013
penatnyer hari nie
alhamdulillah,,hari nie aq dah berjaya abizkan paper last untuk final aq,,tp hermm,,,soalan2 nya agakla ssh,,,
klu x susah bkn exam namanya kan??
bdw,,ari nie hari kemerdekaan aq,,esk aq akan berambus dari rumah nie,,yeehaaaaa
hari nie jugak hari yg paliiiiiiiiinnnnnggggggggg memenatkan,,fuhh,,,x dpt nk bayangkan betapa penatnya aq hari nie,,,
abiz jew exam kul 6 td,, aq terus pulang kerumah,,,lepas setel2 semua barang,,aq ngan sorang lagi housemate aq yg jugak masih belum balik punggah barang2 kami dari rumah kami yg tingkat 4 ke bawah sbb nk dihantar kerumah member kami kat luar kawasan kolej,,maklumlah,,kolej dah x sediakan stor,,so ssh la ckit kan...
tp yg sedihnya,,bile kami nk turun jew,,tup2 hujan pon ikut sekali tururn,,so terpaksalah berhenti jap,,,
bile hujan dah reda ckit,,kami pon teruskanlah berjalan,,jauh woo,,dgn barang2 berat lagi,,tp kami gigih jgk teruskan perjalanan,,,
nk dijadikan cerita,,umah member aq tu tingkat paling atas,,xde lif plak tu,,bayangkan lah kami dgn beg2 yang maha berat kami angkut kesemua sekali naik atas,,,
sampai jew tingkat paling atas, terus lutut kami rasa macam nk tercabut
tapi kami lega sbb semua dah setel,,tadi baru lepas kemas2 rumah,,so esk xde kelam kabut dah,,
skang nk layan movie plak
dan lusa,,kelate,,,,here i comeeeeeeeeee
Posted by Unknown at 10:11 0 comments
Tuesday, 15 January 2013
nak berubah
assalamualaikum,,
hati nie tetiba rasa nak buat entry nie,,entry nie bukan untuk sesiapa tapi untuk diri aq sendiri,,,aq,,perempuan yang terlalu banyak melakukan dosa dan maksiat,,selalu timbul dalam hati nie untuk berubah,,berubah untuk menjadi yang lenih baik dari sekarang,,tapi,,apabila nafsu lebih menguasai akal dan hati,, aq sering tewas,,aq kalah dengan nafsu aq sendiri,,sesuatu yang sangat memalukan sebab aq sepatutnya mengawal nafsu,, bukan membiarkannya menguasai aq,,ibarat kalau aq bela ular,,aq yang bela,,so sepatutnya aq lah yang kene pandai kawal ular tu,,aq sepatutnya latih ular tu agar jadi jinak,,bukan biarkan jew ular tu sehingga ia menjadi liar dan akhir sekali membelit aq sendiri sebagai tuannya,,dan akhir sekali,,aq tewas dengan belitan dan patukan ular tersebut,,racun ular tersebut pula, sekiranya aq biarkan,,pasti akan membunuh aq sendiri,,
macam tu jugak lah dgn nafsu,,sekiranya aq x kawal nafsu aq sendiri,,maka aq pasti akan tersungkur,,ye,,semua tahu,,wanita punyai 9 nafsu,,dan bergantung pada iman untuk mengawal semua nafsu tersebut
dari dulu dan sehingga sekarang,,banyaknye dosa yang aq buat sehingga x terkira,,
bila mana aq alami waktu susah dan sedih, aq akan cari Tuhan kerana aq tahu Tuhan tu Maha Mendengar,,tapi bile waktu aq senang, aq lupekan Dia,,aq x berkongsi kesenangan aq dengan mengucapkan sukur pada-Nya..
malam ini,,aq nekad,,aq akan putuskan hubungan aq dengan bf aq sebab dari hubungan itulah titik permulaan segala dosa dan zina yang mungkin atau telah aq lakukan,,aq akan cuba untuk berubah,,walaupun bkn sebagai muslimah yang baik,,tapi mungkin sebagai anak atau kakak yang baik untuk keluargaku,,
Posted by Unknown at 06:12 0 comments
Friday, 11 January 2013
pengalaman manis
assalamualaikum,,,hai to olss,,lame dah rasanya x menaip kat sini,,semuanya disebabkan masa yang x pnh cukup plus baru2 nie aq sdg final,,n sbnarnye nie pon x habis final lagi,,cuma tinggal satu paper jew lagi,,so ade la sikit masa terluang nak menaip,,owh,,bdw, sem nie aq dah sem 3,,hermm,,time running faster kan? sekejap jew rasa tapi dah sem 3 dah ponn,,umo pon dah naik satu tangga,,
Posted by Unknown at 23:25 0 comments
Wednesday, 26 December 2012
is he still love me?
hari nie dah masuk hari kedua aq dgn bf aq "R" bergaduh,,no message,,no kol,,no im,,no skype..dan aq x thu ape penghujungnyer hubungan kami skang. mungkin dia tersangat-sangat marahkan aq,,tp..heyy,, sepatutnyer aq yang marahkan dye kan??
tp tulaahh,,aq nie jenis yang x reti nk marah lame2,,paling lame aq marah cuma sehari jew,,then aq akan sejuk balik,,tp R lain,,dye kalu marah,,mesti berhari-hari,,nak kne pujuk berkali-kali baru ok,,tp kali nie x taw la dapat pujuk kew x,,nampak macam liat jew :(
tapi satu jew masalah aq,,klu aq dah start marah,,aq akan cakap or buat macam-macam yang kadang bende tu aq x patut buat pon sebenarnye,,sbb macam over,,tp nk wat camne kan? masa tgh marah,,setan lah sahabat kite,,masa tu lah dye akan hasut kite mcm2,,
malam kitorng gaduh tu R ade cakap yg dye xkan ambik kisah pasal aq,,dye suh aq bawak haluan sendiri,,sedikit cuak jgk lah,,hehe,,tp aq lawan lagi sbb masa tu ego tgh tinggi wei,,aq cakap ok jew,,bongok kan aq?
tapiiii,,,ade satu hal yang buat aq suke pasal dye nie,,R nie,,ape yg aq perhatikanlah kan,,dye nie selalunye cakap jew itu ini time marah,,xnk ambik thu laa,,ape laa,,,tp aq thu yang dye masih ambik tahu pasal aq,,sebab aq dapat tahu,,dye bukak facebook aq senyap2,,GOTCHA!! hehe,,nk taw cmne aq thu??
ok,,ms tu,,aq login facebook dye,,then kat friends list tu aq nampak nama aq tgh online,,so dr situ la aq dapat tahu dye bukak facebook aq,,haha,,nampak x permainan dye? then aq logut fb dye pastu aq bukak fb aq,,aq tgk semua notification n msg2 aq dah xde,,maknenye dye dah bukak la kan? blh nampak la kat ctu yang dye masih nak ambik tahu pasala aq,,hehe,,syg lagi ler tuu
kan,,,b kann,,syg lagi kann??hehe
hermm,,tp x thu la bile hati dye akan sejuk,,so,,aq ambik keputusan,,aq xkan kacau dye lagi wat ms skang,,bg masa dalam seminggu kew untuk kasi dye cool ckit,,maybe he need time,,aq xkan gelojoh lagi,,orang tgh panas nie kite xleh kacau kan? nanti meletupp,,sapa nak tanggung? hakuu jgkk,,seraammm
so,,for me plak,,aq akan fokus betul2 untuk final aq yang kurang lebih seminggu jew lagi nie,,i'll make sure that CGPA aq untuk sem nie akan ade peningkatan,,at least ckit pon jadi la kan?? janji ade peningkatan
CHAIYOOOKKKK!!
p/s: gud luck to all those final exam candidates :)
Posted by Unknown at 06:46 0 comments
Monday, 24 December 2012
hidup x selalu indah
assalamualaikum n morning :)
so,,hai3,,dah lame x update my blog,,yeahh,,since i'hve been so bz,,esaimen then test then esaimen balik,,phewh,,phewh,phweh,,
buutttt,,,chill guys,,for this beautiful morning, i'll start my day dgn kerja2 rumah yg banyak then i'll start fokus on my study for study fnal exam..ohhh2,,actually,,this is my study week,,so kne la study kan,, :)
semalam i gaduh teruk ngan bf i,,semuanya sbb sikap cemburu n sifat panas baran i,,then, bcoz of that,, i think kitorng dah clash kot,,*sigh,,,
yelaaa,,,ms tu i tgh tertekan kan,,pastu dye plak satu ari xde cntact i,,then i cek fb dye,,i tgk dye chat ngan other girl,,hellooooo,,,dye xde ms untuk i tp dye ade ms untuk girl lain,,,mcm mn i x emo kan??
tp xpelah,,,i latih myself to be positive,, then lpas bangun jew tdow,, i trus text dye,, i explain to him why i been so emotional..then i mintak maaf kat dye,,klu blh,,biarlah kitorng putus ngan cara baik kan? i x nk la sampai bermusuhan segala nie,,yelaaa,,masih syg kot :)
lgipon,,i pnh dgr org cakap, dalam hidup nie kite kne sentiasa meminta maaf dan memaafkan,,,barulah hidup akan bahagia,, x gituu guys?? sebab tulah,, sebelum tidow, kite kne memaafkan semua orang yang pernah wat salah ngan kite,,i try jgk latih diri i wat mcm tu,,tapiii,,kadang2 jadi,,kadang2 x,,ahaha,,ok,,jgn tiru mcm i,, ;)
owhh,,,bdw,, i jgk dah deactivate my tagged account,,then i will also deactivate my facebook account,,biarlah sehingga keadaan dah reda ckit,,lgpon,,kami kerap gaduh sbb facebook ngan tagged la,,hermm,,x pasal2 kan? xpelah,,mengalah x bererti kalah kan?
okey,,,len kali i akn update lagi,,
its time to cuci de bajus,,
luv u guys,,
muaahhh
Posted by Unknown at 18:10 0 comments
Friday, 30 November 2012
welcome december
assalamualaikum,,hai3,,ok,,aq thu mesti ade yg ckp ehh,,smalam dah update ai nie update lg??*erkk,ade kew yg bc blog nie,,hahaha,,x kisah laa,,jnji aq hepy and this is mine so i will do anything i want.
for today i will talk about december,,yeahhh,,today is 1st december. and i dont understand why everyone so happy about december. most people in facebook, twitter, tagged and etc will post a status like this "december please be nice to me" "december, please b sweet to me"..n until now i still dont understand why they want the only december to be nice or sweet to them. why not october, november, june or else? and as i know december is a "month" not a "people" to be sweet or nice or what so ever to uollsss.
or maybe dorng telah melalui masa2 yang agak sukar pada bulan2 sebelumnya. so thats why lah they ask december to be nice to them. but people, please,, yo better ask ALLAH to be nice and sweet to u because ALLAH is the only ONE who will be really sweet and nice to u. i still remember this "ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya mereka tidak berusaha mengubahnya sendiri"
so,,same with this, wlaupon uolls melalui perkara yg agak teruk pada bulan sebelumnya, december will never be nice to u slagi u sndiri x berusaha untuk ubah nasib u.
and for me,, december is nothing until i make something :)
Posted by Unknown at 20:54 0 comments
Thursday, 29 November 2012
x tahu nk letak title ape
Posted by Unknown at 21:10 0 comments
Wednesday, 28 November 2012
adalah segalanya
yg membuat kita KUAT adalah DOA ,
yg membuat kita DEWASA adalah MASALAH ,
yg membuat kita MAJU adalah USAHA ,
yg membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA ,
yg membuat kita SEMANGAT adalah HARAPAN & IMPIAN
yg membuat kita MULIA adalah HATI YANG IKHLAS ,
yg membuat kita menjadi yang TERBAIK adalah KEHENINGAN JIWA & MEMPERBANYAK SUJUD ,
dan yg membuat kita TENANG adalah AL-QURAN..
Posted by Unknown at 19:30 0 comments
Sunday, 18 November 2012
ketika kita mengeluh
Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”. اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "
Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”. اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”
Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”. اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”
Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”. اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "
Posted by Unknown at 04:28 0 comments
Wednesday, 7 November 2012
sacrifice
sometimes we need to let go something that we really love in our life. its not for wasting but for teach us about the sacrifice. actually its all about our "niat". i wish,,one find day i could be a much better muslimah. but,,i need to sacrife my love one for that. dear, im so sorry. im doing all this for our goodness. i wish i could be in jannah. i dont want to do all the bad thins again. from deep in my heart, i really love u,,i love u so much. but,, i can't love u more than i love ALLAH. honestly, i always want to be with u, cry with u, laugh with u, doing all the sweet memories with u,,but its not the time yet. i need to let u go for a while.
dear, u are always in my pray..i'll never forget to pray for ur gooness every 5 times a day,, thats my promice. ALLAH maha mendengar. i know, one find day, HE will replace my sacrifice with something better,, maybe that something better will be u :)
Posted by Unknown at 04:59 0 comments
Wednesday, 24 October 2012
:)
x sampai sebulan pon kapel,, ko dah wat hal,,patutla aq rs x sedap hati ari tu,,dlu ko yang beriya2 nk kat aq, bile aq dah elok trima ko, mcm nie plak ko balas. dlu mcm2 janji yg ko tabur kat aq, ko slalu pesan kat aq suh ingat janji2 kite tapi hakikatnya ko sendiri yang dah lupekan janji2 tu. dlu ko yang selalu takut aq akan tinggalkan ko tp skarang ko yang dah tinggalkan aq. dan alasannya adalah aq sendiri?? tolonglahhh,,,aq x bodoh untuk percaya semua kata2 ko., aq pernah ckp yang kata2 yg ko berikan pada aq sm jew mcm kata2 ex aq, ko marah aq sbb cakap mcm tu. tapi hakikatnya ko sama2 jew dengan mereka2 semua. xde ckit pon perbezaan,,,
tapi xpelah, walau ape pon yang ko dah buat pada aq, aq x pernah terniat pon untuk membalas balik. aq mampu berdoa jew pada tuhan. pada DIA jew aq mampu mengadu. mungkin ko bukan lelaki yang layak untuk aq. walaupon aq selalu berdoa pada tuhan agar aq dipertemukan dengan lelaki yang baik, tapi aq x prnah lupa untuk mendoakan hubungan kita. tapi aq menganggap, tuhan telah makbulkn doa aq. ko bukan lelaki yang baik. sebab tu lah DIA pisahkan kita. aq bersyukur sangat2 kerana tuhan telah makbulkan doa aq. semoga lepas nie aq akan dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik dari ko. tentang apa yang ko dah buat pada aq pulak, biarlah tuhan yang membalasnya. aq serahkan semuanya pada tuhan. walau apepon, aq tetap akan mendoakan kebahagiaan ko :)
Posted by Unknown at 23:17 0 comments
Sunday, 21 October 2012
takuuttttt
20 OKTOBER 2012,,sampai bile2 aq akan ingat tarikh ini,,pagi itu aq sedang leka meayari internet sampailah aq terbaca satu entry dekat blog yang bercerita pasal penyakit barah payudara. aq x tahu kenapa,,hati aq tiba2 tergerak untuk membaca entry tersebut. banyak gambar2 yang dipaparkan,, semuanya sangat mengerikan. ade jugak penulis blog tersebu bercerita pasal simpton2 penyakit pembunuh no 1 wanita itu.
aq merancang untuk keluar,, niat aq untuk belikan hadiah untuk adik2 aq kat kg. ms tengah mandi, secara tak sengaja aq terasa seperti ade benjolan dkat payudara aq sebelah kanan. aq boleh rasa benjolan tu dengan sangat ketara. takut aq pada masa tu hanya tuhan sahaja yang tahu. aq terus kol emak aq dan ceritakan semuanya. aq tahan tangis aq coz i dont want my mom to be worried. mak janji untuk membuat pemeriksaan selepas aq balik kampung nanti.
aq malu untuk menceritakan hal ini pada kawan2.. banyak perkara yg membuatkan aq takut untuk bercerita...aq takut dikasihani dan takut dipinggirkan. walhal aq masih belum pasti tentang penyakit ini. aq kuatkan hati untuk tetap nampak gembira dan sihat di hadapan mereka. tapi dibelakang mereka, aq hanya mampu menangis seorang diri,,
ya ALLAH, jauhkanlah aq dari perkara yang aq takuti itu,,aq masih belum puas untuk bersama orang2 yang aq sayang, aq masih belum puas menjadi anak perempuan sulong bagi mak dan abah,,, aq masih belum puas dipanggil kaklong oleh adik2 ku, aq masih belum puas gembira dan sedih bersama kawan2 aq. tapi jika ujian ini KAU berikan semata2 untuk menjadikan aq manusia yang lebih berguna, aq redha ya ALLAH, aq redha walaupon aq masih belum bersedia,,sungguh,,aq sangat TAKUUTTTT
Posted by Unknown at 03:34 0 comments
Saturday, 6 October 2012
sayang,,,
sayang,,aq x mintak emas permata,,cuma sayangilah aq seadanya,,
aq tahu,,kadang-kadang nafsu lebih berkuasa dari akal fikiran,,
tapi sayang,,kita masih punya hati untuk mengawal segala perbuatan
sungguh,,aq teramat menyayangimu,,kasih sayang yang tiada perbandingan
mungkin kadang kala kita leka,,kita sering lupa bahawa perhubungan yang bahagia adalah perhubungan yang diredhai oleh Yang ESA,,
sayang,,,
hormatilah aq sebagaimana kamu menghormati ibumu yang juga wanita,,
lindungilah aq sepertimana kamu melindungi adik-adik perempuanmu,,
kasihilah aq sepertimana kamu mengasihi kawan-kawan wanitamu,,
sayangilah aq sepertimana kamu ingin menyayangi isterimu,,
didiklah aq serprtimana kamu ingin mendidik cahaya matamu,,
aq mohon sayang,,,untuk kali ini,,
turutilah permintaanku yang satu ini,,
demi perhubungan kita yang kekal abadi,,,,
Posted by Unknown at 05:54 0 comments
Thursday, 4 October 2012
pengorbanan kucing
Pada suatu ketika seorang cendekiawan terkenal yang bernama Malik Bin Dinar sedang mnyediakan makanan di rumahnya..Entah bagaimana,seekor kucing datang dan mencuri sepotong daging di atas meja..Malik mengekorinya dengan senyap2.."Ke mana dia hendak membawa daging itu.?" bisik Hati Malik..Kucing itu terus berlari membawa daging itu dengan mulutnya..Malik tetap mengekorinya..Dia melihat kucing itu pergi ke sesuatu tempat . Di situ terdapat lubang kecil di celah batu2 itu.Kucing itu segera menghampiri lubang itu dan mengeluarkan daging dari mulutnya itu..Tiba - tiba Malik melihat seekor ular keluar daripada lubang itu lalu mengambil daging itu lalu memakannya..Malik mengamati ular itu dan didapati ular itu buta . Rupa - rupanya kucing itu membawa daging untuk ular buta yang sedang kelaparan di dalam lubang.......
Posted by Unknown at 01:19 0 comments
Tuesday, 2 October 2012
menanti sebuah keikhlasan hati
kasih yang kudamba bagai permata rupanya cebisan kaca yang mencalar jiwa. bukan kutagih kasih simpati, cuma kuharap keikhlasan hati. keikhlasan hati yang mana lebih bernilai dari sekarug permata.
kasih pertama,,lukanya amat payah untuk sembuh
kasih kedua,,hatiku serta merta bagai dibunuh
setelah itu masih adakah kasih ketiga??
kasih ketiga,,kuharap ianya berkekalan hingga ke mati
aq rela,,menanti dan terus menanti
menanti agar kasihmu itu lahir dari keikhlasan hati
bukan hanya untuk menunjukkan simpati
agar hatiku tidak lagi disakiti.....
Posted by Unknown at 20:23 0 comments
Labels: tulisan hati
Friday, 28 September 2012
^_^
ketika ditinggalkan seseorang, jangan berfikir yang kita ini x mampu untuk menemui seseorang seperti dia , tapi berfikirlah bahawa dia x mungkin akan dapat menemui seseorang seperti kita <3
Posted by Unknown at 08:39 2 comments









