CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

welcome



Sunday 21 October 2012

takuuttttt

20 OKTOBER 2012,,sampai bile2 aq akan ingat tarikh ini,,pagi itu aq sedang leka meayari internet sampailah aq terbaca satu entry dekat blog yang bercerita pasal penyakit barah payudara. aq x tahu kenapa,,hati aq tiba2 tergerak untuk membaca entry tersebut. banyak gambar2 yang dipaparkan,, semuanya sangat mengerikan. ade jugak penulis blog tersebu bercerita pasal simpton2 penyakit pembunuh no 1 wanita itu.
aq merancang untuk keluar,, niat aq untuk belikan hadiah untuk adik2 aq kat kg. ms tengah mandi, secara tak sengaja aq terasa seperti ade benjolan dkat payudara aq sebelah kanan. aq boleh rasa benjolan tu dengan sangat ketara. takut aq pada masa tu hanya tuhan sahaja yang tahu. aq terus kol emak aq dan ceritakan semuanya. aq tahan tangis aq coz i dont want my mom to be worried. mak janji untuk membuat pemeriksaan selepas aq balik kampung nanti.
aq malu untuk menceritakan hal ini pada kawan2.. banyak perkara yg membuatkan aq takut untuk bercerita...aq takut dikasihani dan takut dipinggirkan. walhal aq masih belum pasti tentang penyakit ini. aq kuatkan hati untuk tetap nampak gembira dan sihat di hadapan mereka. tapi dibelakang mereka, aq hanya mampu menangis seorang diri,,
ya ALLAH, jauhkanlah aq dari perkara yang aq takuti itu,,aq masih belum puas untuk bersama orang2 yang aq sayang, aq masih belum puas menjadi anak perempuan sulong bagi mak dan abah,,, aq masih belum puas dipanggil kaklong oleh adik2 ku, aq masih belum puas gembira dan sedih bersama kawan2 aq. tapi jika ujian ini KAU berikan semata2 untuk menjadikan aq manusia yang lebih berguna, aq redha ya ALLAH, aq redha walaupon aq masih belum bersedia,,sungguh,,aq sangat TAKUUTTTT